Infatuated Sound

Kerana aku suka bunyian


Cover album All hopes is gone

Yes, tak sabar aku nak dengar album nih. Harap-harap memuaskan nafsu halwa telingaku ini. Dah lama gersang tak disirami lagu-lagu hangguk kepala. Aku tau Emi pasti teringin download tp harapan pasti punah kerana saiz file die saja cecah 150MB. Ko balik sini je la baru copy wawawa. Tapi kalau kau nak gak, akan dipass link untuk dimuat turun. Layan plak video live dieorg, dah dekat 3 tahun dieorang tak perform secara live. Feel abeh. Dem. Kalau la tiket ke USA murah dah lama aku kaco Eti time cuti, suruh dia bawak aku jalan-jalan gi tengok konsert hehehe *Memo untuk Missy: Aku dah teman ko pegi PMI. Kalau dieorg dtg bandar singa, ko kene neman aku pulak emuahahahaha

Sudah banyak kali aku dengar kata mengatakan blog aku ni dah besawang. Aku tidak men-deny because aku pun rasa begitu. Banyak sebenarnya aku nak post tapi masa amat mencemburui diri ini. Sementara menunggu Missy datang menjemputku untuk mengheret Cik DotDotDot ke klinik. Dia ni bukan ape, memang sangat ketegaq nak pi klinik. Last time siap kene pakse ngan Puan Norilah semata sebab batuk yang berterusan. Haih, perangai...

Mengadap website Acer yang lembab

Gambar diatas menggunakan webcam laptop Emi yang baru. Clear jugak, ini membuatkan sedikit sebanyak ter-poison dalam membeli satu. Damn it huhuhu Yang sakit hati nak setup ialah proses memuat turun driver dari website Acer. Lembab yang menggugat kesabaran dan iman. 13 driver mengambil masa lebih kurang 6 jam. Yes, it's true. Aku tak mandi dalam gambar diatas wawawa

Sarapan pagi aku. Roti, olive butter, blueberry jam dan roti.

Dalam pukul 1 lebih aku dah bersiap-siap untuk ke konsert Pesta Malam Indonesia. Yes, aku pegi konsert Indon. Ganjel kan wawawa Ade gambar, nanti aku upload. Hari ni sebok lagi sebab nak ke kenduri Ain dan Ina. Naseb baek la dua-dua kat Putrajaya

Jemput berkenalan dengan Encik Lampu

Hari ahad tempohari aku ke kenduri kahwin kawan ketika di universiti dahulu iaitu Shahrin atau name glamournye Alley. Jumpe rakan se-universiti, paling lama tak jumpe si Zeno & Bean. Bean bawak awek tu, putih dan kecik-kecik je orangnye. Kontra gile ok. Sorry Bean, it's been a habit untuk bahan kau pabila peluang mengunjung tiba. Dapat lihat foto-fotonya di sini.

Semangkok untuk hari ini dan masa depan Hohoho

Semangkuk nasi bersama tv, mengungkai pagi dinihari. Rhyme la plak. Makan semangkuk nasi goreng cine sambil layan Beijing Olympics '08 sesungguhnya masyuk. Ketika orang-orang didalam kaca ajaib itu teruk mengeluarkan keringat untuk memenangi sekaling hadiah, kau sebok mengumpul lemak. The irony. Kesian pulak Emi tak dapat makan bubur durian. Sedap tau. Evilnye abang kau ni heh.

Sementar di tengahari nanti, aku akan pergi ke majlis perkahwinan Ali yang aku kenal ketika di UITM. Sab dan Bean pon ade. Lame sungguh tak jumpe Bean, rindu aku kesengalan si keldai itu.

Nyet-nyet, gonggok tumpang lalu~

*Nota kaki: Bean dahulu dikenali sebagai Keldai. Aloy pula seekor Babi, Epi ialah Buaya dan aku pulak Gonggok. Watehel, kelakar siot hehehe. Oh, I miss these guys and those days.

Diruang tamu ditemani Dell Inspiron

Secara umumnya, hari ini muram. Tidak terlalu banyak aktiviti aku lakukan, membaca, memakan, meminum, mencuci, mengemas dan yang paling best iaitu membebel kepada Radin Sr. Semuanya sebab laptop si Emi. Biarkan saja ia berlalu, tak elok simpan lame-lame. Oh ya, aku sedang memuat turun OpenOffice3 latest release candidate yang khabaran mendapat rave reviews.

Selepas baca blog Bajan, layan Powerman 5000 sambil makan bubur durian

Dahulu ada dia dan si sangkakala
ada juga kamu dan bidadari
bersemuka dan bermain kata
setinggi bulan yang cantek berseri
menghayun minda, membuai jiwa
menyulam kata menyimpul kasih tersemi
sang sangkakala tersandung tp tak terluka
kerna sukanya melihat mainan yang menjadi
kini dia bingung dengan seribu kata
kamu pula menghilang membawa diri
kembali musim yang sama tapi tidak serupa
penentu ceritera penyeri hati


Sila lihat video ini, menarik ok. Teruja melihat dan mendengarnya. Sangat funky. Tiba-tiba aku terasa kawan aku yang ganas boleh berposing seperti jejaka berjaket yang memegang mic itu.

Testing post blog menggunakan symbian s60 version 3

Subscribe to: Posts (Atom)
Radin Hairi juga selalu lepak di klik! klik!