Infatuated Sound

Kerana aku suka bunyian


Semalam aku makan malam bersama Fina, Along & Badd. Kami makan di Restoran Encik Tony Roma's (Zamster merupakan salah satu faktor makan disitu, saiko perihal makan memang serah kat dia). Suasana di restoran tu boleh dikira selesa tapi pada pendapat Badd ia agak gelap, aku bersetuju dengannya. Pelayan kami malam itu namanya Oggy (and the cockroaches; aku sangat teringat siri kartun itu bila mengetahui namanya) dan obviously dia terpaksa melayan kerenah Badd yang suka menguji kesabaran manusia-manusia yang berinteraksi dengannya.

Seperti dijangka, aku dan Badd telah memilih ribs untuk hidangan utama. Aku amat suka apabila Oggy letak sos di meja, tentulah aku akan mix-and-match. Memang mantap, sos smokey dan hot paling menarik antara empat sos yang disediakan. Bagi tetamu-tetamu wanita pula, Along order grilled Salmon bersama side order nasi dan coleslaw manakala Fina grilled chicken bersama fries dan jacket potato. Side dishes disini, pada pendapat aku biase-biase je.

Malam tadi, sembang sampai pukul 11 rasanya. Lepak melihat orang-orang berlatih ice skating dan kemudian aku pon menghantar masing-masing ke rumah. Malam yang kenyang dan lihat orang berterbangan

Satu acara yang kemungkinan besar aku akan pergi. Baru baca mengenainya dalam surat khabar semalam. Akan diKIV

Info:
28th June '08
Ticket price: RM33
www.urbanscapes.com.my

Semalam Along telah tiba di bandaraya KL untuk projeknya dan kemudian dia akan berangkat ke Penang dan Bota untuk "Trip Kenduri Kahwin di Utara" bersama-sama empat lagi sahabat handaiku. Macam menarik bukan? Tapi aku sendiri tak pasti samada aku begitu hebat untuk memandu seharian ke destinasi-destinasi tersebut. Apakan daya, semua penumpang nak balik hari. Semalam Along mengajak untuk berjumpa tapi aku terpaksa menolak kerana aku sendiri tak pasti aku akan pulang pada pukul brapa. Tidak mengapa, Badd boleh meneman Along. Kesengalan dia sama sahaja dengan aku or mungkin tidak heh

Malam semalam aku memulangkan kamera DSLR abang ipar Iza. Lama juga ditanganku, seronok tinkering the options selepas dibriefing oleh Hers sedikit sebanyak mengenai DSLR. Terima kasih kerana sudi turunkan ilmu pada aku. Semalam dinner, aku menjamah sirloin steak yang aku rasa sirloin terliat dimuka bumi. Hati kecewa, harapkan daging yang enak semalam. Iza makan masak asam pedas, as usual memang terasa pedas tapi lidah dia kebal. Selepas makan, testing kamera dekat area Putrajaya dan pulang.

Hari ini, malam nanti makan-makan lagi. Kalah la betting aku kalau terus begini.

Flyer Rock on Rave

Sesekali aku teringin kembali untuk pergi acara-acara sebegini. Tapi rakan-rakan bersukaria sudah kurang dan aku sendiri dah lama tak mengikuti scene musik tempatan.

Semalam aku bermimpi. Kau mengajak aku berpindah ke luar negara mencari sesuatu yang berlainan. Tanpa mengira apa pon yang jadi. Terlalu spontanious. Ia berlaku di pagi yang hening, ketika aku sedang dileteri.

Subscribe to: Posts (Atom)
Radin Hairi juga selalu lepak di klik! klik!