Infatuated Sound

Kerana aku suka bunyian


Sabtu lepas aku ke kenduri bersama rakan-rakan dari kolej serta universiti. Dua kenduri dalam satu hari, satu di Penang dan lagi satu di Perak. Selamba macam jauhnya dari pejabat ke rumah aku saja, memang kerja gila tapi di redah juga. Konvoi ke Penang dianggotai oleh sebuah Swift biru bersama Savvy merah mula bergerak dalam 3 pagi. Aku, Awang, Badd & Along di didalam Swift manakala Sab, Zico & Ina di dalam Savvy. Bertemu di perhentian pertama dalam pukul 4.15 pagi, masing-masing bagai tidak percaya kerana berjaya bangun seawal itu. Jumlah yang pergi ke rombongan kali ini hanya tujuh orang, walaupon pada mulanya lebih dari itu. Walaupon di awal pagi, Swift tidak sepi malah bingit dengan lagu-lagu.

Tiba di perhentian Sg Perak pada 6++ pagi, kami berehat untuk seketika disana. Ada yang mengerjakan solat dan ada yang menjamah air untuk menghilangkan tekak yang kering sepanjang perjalanan. Selesai berehat, kami teruskan perjalanan ke Penang dan tiba disana dalam pukul 8 pagi. Masa yang sesuai untuk sarapan bukan? Kami pergi ke tempat yang khabarnya nasi lemaknya sedap, memang enak. Aku makan nasik lemak berlaukkan ayam goreng serta sambal sotong. Heaven kan. Semua atas jasa baik sahabatku yang mengaku Jay Chou.

Selesai sarapan, kami menuju ke destinasi masing-masing. Swift ke Bukit Mertajam, Savvy ke Bota. Tiba awal di destinasi, terlalu awal. Aku dan Jay sempat mengisi air bateri di Swift dan sedikit sebanyak berkongsi cerita mengenai kereta. Dua lagi sahabatku, sibuk mengubat rindu mungkin. Aku tak mahu mengganggu mereka. Seketika majlis bermula, kami menghadirkan diri kesana dan disambut oleh ibu Irwin. Agak terkejut juga aku, dia masih ingatkan kami beserta nama (terharu sebenarnya). Kami kemudian dijemput makan. Memang menarik, sedap masakan kenduri Irwin hingga semua rakanku tambah untuk kali kedua. Aku rasa Irwin tak terkejut pon, dia tau kawan-kawan dia memang makan banyak. Sempat bertemu Po'chik (musuh ketat Badd kerana rosaknya sebuah kaset) di kenduri tapi pengantinnya tak juga kunjung tiba. Dalam 2.30 petang, kami terpaksa bergerak pergi dari majlis kerana nak bertemu konvoi pulang.

Sebelom tiba di Bota Kiri, sempat sesat dulu. As expected sbb memang takde landmark yang mudah untuk di tunjuk arah. Tiba disana dalam pukul 5, Zico kelihatan sibuk mengemas kerusi meja. Majlis sudah pun habis. Apakan daya, destinasi masing-masing memang jauh. Tapi sempat juga kami dihidang makanan oleh Iza, nasib ade sikit lagi makanan yang tinggal. Khabarnya laku sungguh lauk kenduri. Yang dalam kerete Savvy siap dah bungkus untuk balik, tak tolong pun yang dalam Swift ni bungkuskan. Sampai hati korang tak ingat kat aku, huh. Dalam pukul 6.30 kami bergerak pulang, Savvy lambat sedikit. Mereka berbincang sesuatu di seberang jalan.

Dalam perjalanan pulang, suasana masih belom sepi. Kali ni masing-masing cuba mengungkau kenangan zaman budak sekolah berchinta monyet dengan menyanyikan lagu-lagu rock kapak. Search, Iklim, Wings, XPDC dan macam-macam lagi dinyanyikan. Lama kelamaan, pabila lagu rock kapak kontang, keluar lagu-lagu balada 80-an. Mula-mula aku tahu la sedikit sebanyak tapi lama-kelamaan aku pon dah tak tahu zaman bila. Bagiku, zaman Ukays (Tatau betul ke ejaan ni) & Zamani already started to sucks. Akhirnya dua ekor pungguk tu saja yang menyanyi. Biarkan sahaja mereka. Aku hidupkan ipod, biarkan mereka dalam dunia mereka. Aku perlu memandu dan elakkan rasa bosan dan mengantuk. Tiba di KL dalam pukul 10.30. Hantar Awang, Along dan Badd, aku tiba di rumah 11++ malam. Penat, hari yang penat.

Fun Facts:

1. Awang mengaku dia Jay Chou.
2. Awang order ayaq tarik satu.
3. Badd seorang yang so sweet, touching habis. Kepala dia juga boleh berpeluh dgn hebatnya pabila kecemasan melanda
4. Engine bay kereta aku sangat kotor, Awang bebel teruk(baru cuci tadi)
5. Awang meminati sukan kereta tapi beliau sendiri memandu tidak lebih 90km/j
6. Dendam lapan tahun Badd dan Po'chik tamat pada hari kenduri Irwin
7. Stail dan perangai Po'chik tak pernah berubah. Tak dilupa jerawatnya.
8. Awang ade nama dangdut: Iwang
9. Perut Awang berbunyi "dub dub" jika lagu dangdut dimainkan
10. Kereta Along namanya Can Mali Can - Ade orang sebut ni ketika mau pulang, ape la dia pikir agaknya kan :P

Panjang betul post aku kali ni.

5 comments

  1. arkhaios  

    huhuhuhu..seperti selalu, post ko amat menghiburkan hati..hahaha..

    so, bila lagi nak roadtrip?

  2. Radin Hairi  

    Aku rasa, next roadtrip ko xleh join kot. Sebab kami akan ke kenduri ko lalalala~

  3. a.k.k.e.m.a  

    aku mo ikot. dekat je tepeng ngan ipoh.


    p/s: sile2 la jengok

    http://picasaweb.google.com/akkema/MISC

  4. RhyZe  

    pungguk?? ke pungkuk? wakakkakakaa... sampai tak tahan tlinga mendengarnye... wengg....

  5. RhyZe  

    err.. jasa baek jay chow je... sob sob... sedey~.. gay laa korg nie...

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)
Radin Hairi juga selalu lepak di klik! klik!