Infatuated Sound

Kerana aku suka bunyian


Showing posts with label Makan. Show all posts


Melihat iklan ni, aku teringat seorang manusia. Manusia itu suka makan Rocky (Pocky pon same je sebab Glico gak yang buat). Die penah amok sebab orang amek Rocky die. Bayangkan betapa chentanya die pada Rocky. Iklan ini juga menggunakan lagu Orange Range yang die soka nyanyi - nyanyi walaupon tak paham sepatah ape derang mencarut. Oh, mungkin ade "ABC..."

Ni shot bulan Februari pulak. Banyak lagi sebenarnye tapi tak mencapai kepuasan kualiti yang dikehendaki. Bukan DSLR Nikon cam Badd la kirenye

Lepak study MCSE

Drift reverse! Senget-benget Kelisa tu kene tow

Lunch 2nd round ni. Sessi lepak di Shah Alam sempena Peja datang KL

Wak Dono di Alamanda. Selepas makan BK dibelanja CT yang datang untuk interview.

Ye, dia memang blur and proud of it!

Wiken lepas, wiken kenduri. Sabtu di rumah Tym dan ahad kenduri Ekin. Tym, makan kat kenduri ko gile ah sodap! Anyway, congrats kerana mendirikan rumah tangga. Moga kekal ke anak cucu cicit.

*Gamba masih belom dapat, akan dihapdet later pabila cik diella passing.

Aku banyak gamba tp tak masukkan blog. Kali ni aku cuba masukkan ape yang tertunggak. Berikut adalah shot-shot dalam bulan Januari '09. Maaf gamba tak lawa cam blog Arkhaios yang ade DSLR.

Pisang dan donut hijaunya. Shot ni ari Jumaat, makan di Alamanda.

Diambil tika nak ke Kopitiam Cheras. CCTV sedang dipasang? dijalankan? hahaha

Hobi feveret budak SII

Pose mahal oleh artis handalan baru, Milla. Sayang camera bkn DSLR

Tayar pancit, salahkan Pak Radin

Beg percuma dapat mase beli Sunglasses Animal. Pemenang bertuah si CT

(6:05 PM) Hairi: *memberi link
(6:05 PM) sharmila: adekah
(6:05 PM) sharmila: dari.
(6:05 PM) sharmila: tmpt yang same?
(6:05 PM) Hairi: yezzaaa
(6:05 PM) sharmila: weh
(6:05 PM) sharmila: perut aku bunyik
(6:05 PM) sharmila: arghh
(6:06 PM) Hairi: ahahahahaha

Terhibur aku. Jangan lupe pegi tau Mimi...sedap tu

Patut la die mengek nak sangat makan KFC. Hint Hint~

ROFL

Ahh, pagi hari sudah bersarapan dengan j co donuts. Mau sugar hi sat gi neh. Dem, terkenang coco loco while writing this. Thanks to CT blanja di pagi hari :D

Hari ini berbuka di Midvalley. Tringin makan ayam disertai macaroni cheese yang banyak. Lapar pulak rasa. Dah, kene sambung study.

Nota kaki: Missy, hari ini Sabaribam akan menyertai makan atas sebab-sebab masalah teknikal AKA wat plan sukati tanpa tanya tuan rumah.

Ini...

Campur ini...

Dapat ni...Tadaaa!!!

Heh, jangan jeles Emi :P Pictures requested from Eti.

Berbuka bersama kurma

Ya, kami sekumpulan rakan yang suka makan. Makan adalah segalanya. Makan itu nikmat dunia. Dalam pasukan kami, semuanya mejoriti tembam-tembam dan bulat-bulat macam buah tembikai walaupon ade yang tak begitu kerana gigih menjage badan katanya. Huahaha, aku x sabar ahli dari down under untuk kembali ke kota Lumpur ini. Tak dilupakan seorang lagi yang duduk di TTDI tu. Tapi pikir-pikir balik, budak-budak KMPP dan UITM menyuruh aku organize majlis berbuke. Nanti la aku pikir-pikirkan masa dan tempat. Tahun ni aku sibuk sedikit. Kalau tak dapat, aku wat open house hehehe.

Teringat kampung halaman di Tg Rambutan, eh silap Ipoh.

Sengih sokmo depan camera

Okeh, enuff merepek. Post kali ni berkisah berbuka di KLCC bersama si teruja dan dara. Semua kerana sempena hari lahir aku (ye, tak abeh-abeh sambut sebenarnya lg. Hari ni pon aku still dapat wish hepi birthday. Walaupon lambat, aku still appreciate coz korang ingat. Thanks again) dan kami ingin melantak tengkolok kami di Chillis. Tapi malang sekali pabila tiba di restoran berkenaan, line dah pun panjang. Tengok kat dalam, majoriti yang duduk tengah order pun nampak sangat order untuk berbuka. Seseorang tuh muke dah terkemut-kemut kuciwa sebab die dah pesan gih awal. wawawa, memang salah aku malas nak gih awal.

Ditemani air soya bandung selasih yang menyegarkan

Namun begitu, setelah berbincang-bincang kami pon menuju ke tempat makan lain iaitu Dome. Masing-masing order; Fish & chips, The Lot burger & Beef pie. Sesungguhnya kami kenyang dan ada yang tak abeh pon. Memang layan makan depan waterfront KLCC sambil melihat anak muda berkeliaran sana sini sambil kusyuk bergambar menggunakan mainan LSDR (Yes, i know it's not the right spelling) mereke. Mekasih kepada penaja majlis, jasamu dikenang ;P

Fish & Chips yang paling last sampai. Pemakan dah
kurang senang sebab waktu berbuka dah tiba

The Lot Burger. Penulis rakus nak makan
sampai lupa nak ambil gambar dahulu.

Ni sorang lagi rakus makan, tak sempat penulis nak
ambil gambar dah dirasmikan dulu. Lihatlah betapa rakus
hingga tinggal beberapa ketul sayuran yang tinggal

Kek coklat bersama strawberries

Atas paksaan dan ugutan ramai pihak, aku pon terpaksa membuat post ini. Apakan daya, aku hanyalah manusia biasa yang kerja dari hari kehari untuk mendapatkan wang menyara kehidupan walaupon beberapa ketika ini asyik bercuti kerana diberi email warning supaya menghabiskan annual leave dengan jayanya iaitu sebanyak 28 hari saja. Sebelom ramai yang meminta (sebenarnya ramai dah pun), annual leave tidak boleh dipindah milik dan ini ditetapkan oleh Persatuan Sekerja Malaysia (PSM).

Sebelum aku merepek lebih tinggi, baik aku berbalik pada topik asal posting kali ini iaitu ulang tahun aku melihat donia untuk kali pertama. Ini kali ke 21 aku menyambutnya huahaha Menjelang hari ulang tahun, perbagai email, sms, panggilan, posting blog dan hadiah aku terima. Terima kasih diucapkan, aku amat menghargai korang ingat hari sugul tersebut. Korang memang best. Pada hari tersebut jugalah aku menerima kek besday dari manusia yang gigih mencarik adiah untuk aku ni. Sian die, menggelupur mencari hadiah. Ish, usaha mu dikenang hehehe

Putera yang eksaitet lebih macam kek birthday die

Ini meja yang sudah dikemas

Hari ni aku terlajak tidur, maka arini aku tak pose...eh, tak sahur. Yang penting aku tak kerja. Cuti! Yeppa! Kemas-kemas meja merupakan aktiviti utama pagi tadi sambil layan lagu.

Tibe-tibe nak dengat lagu No Doubt. Aku pun search youtube lagu Bathwater. Lagu ni ditulis dalam 10 minit. The lyrics discuss overcoming insecurities about a relationship with adoration. The lyric "to wash in your old bathwater" means accepting a lover's faults.

Note to self: You just a sucka for swung notes.

Jemput berkenalan dengan Encik Lampu

Hari ahad tempohari aku ke kenduri kahwin kawan ketika di universiti dahulu iaitu Shahrin atau name glamournye Alley. Jumpe rakan se-universiti, paling lama tak jumpe si Zeno & Bean. Bean bawak awek tu, putih dan kecik-kecik je orangnye. Kontra gile ok. Sorry Bean, it's been a habit untuk bahan kau pabila peluang mengunjung tiba. Dapat lihat foto-fotonya di sini.

Semangkok untuk hari ini dan masa depan Hohoho

Semangkuk nasi bersama tv, mengungkai pagi dinihari. Rhyme la plak. Makan semangkuk nasi goreng cine sambil layan Beijing Olympics '08 sesungguhnya masyuk. Ketika orang-orang didalam kaca ajaib itu teruk mengeluarkan keringat untuk memenangi sekaling hadiah, kau sebok mengumpul lemak. The irony. Kesian pulak Emi tak dapat makan bubur durian. Sedap tau. Evilnye abang kau ni heh.

Sementar di tengahari nanti, aku akan pergi ke majlis perkahwinan Ali yang aku kenal ketika di UITM. Sab dan Bean pon ade. Lame sungguh tak jumpe Bean, rindu aku kesengalan si keldai itu.

Nyet-nyet, gonggok tumpang lalu~

*Nota kaki: Bean dahulu dikenali sebagai Keldai. Aloy pula seekor Babi, Epi ialah Buaya dan aku pulak Gonggok. Watehel, kelakar siot hehehe. Oh, I miss these guys and those days.

Hari ini aku bangun tidur dengan perasaan tidak best. Aku terasa badan kurang sehat dan pada waktu tengahari aku cakap kepada Clint yang aku mau pulang kerana rasa demam tu dah mmg confirm. Tapi aku, Clint, Chris, Anwar, CT & Ray sempat pegi lunch KFC.

Fun Facts of the day
• Top speed for a car is 150 (km/h)
This is according to Raypedia but unfortunately i failed to confirm this from Wikipedia. Sigh

Sesunguhnya siang tadi aku sebok keluar merayap bersama rakan-rakan iaitu Diella & Sab. Walaupon Sab sekejap je bersama kerana dia perlu kerja malam. Kami tengok cerita Sepi (as usual aku gi tgk sebab dua anak ayam aku ni beria nak tengok cite tu, so layan je la sekali) dan aku boleh kata berpuas hati dengan ceritera Melayu ini. Menarik. Berbaloi. Aku juga suka kerana dia memasukkan quote Khalil Gibran. Jika anda tak kenal, die antara penulis poet yang otai. Trust me. Filem itu juga mengingat aku kepada quote darinya iaitu

"Your pain is the breaking of the shell that encloses your understanding. It is the bitter potion by which the physician within you heals your sick self. Therefore, trust the physician and drink his remedy in silence and tranquility." - Khalil Gibran
Ceritera Sepi memang menarik bagiku, kerana aku seperti biasa akan memandang rendah pada filem tempatan kerana aku takut kecewa akan kualitinya. Ia berkisar mengenai cinta, kehilangan dan kesepian. Namun begitu filem ini berjaya mengungkau dari ekspetasi aku walaupon aku boleh agak-agak sedikit sebanyak lenggok penulisannya. Boleh aku kata jikalau terpaksa menontonya lagi maka aku tidak menolak peluang itu walaupon ade lakonan yang agak kayu di sana dan disitu. Tulisan dari ceritera Sepi
Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar alam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku
Menarik bukan tulisan ini? Ada kesah mengenai B-Boy tapi aku tag Diella untuk tulis mengenainya kerana dia ada gambar-gambar menarik. Makan-makan juga menarik hari ini walaupon tiada gambar kerana semua kebulur. Mule-mule makan di Waffle World dan kemudian di Delicious (Mantap seh, akan ku kembali ke sana lg). Sekian sahaja disini, aku penat nak taip dah. Selamat malam.

*Oh, baru aku ingat rupanya aku belom post mengenai trip ke Sri Iskandar.

Aktiviti-aktiviti hari ini

• Pergi Uniasia. Claim insuran cermin pecah hari tu.
• Pergi Hong Leong, CIMB, Maybank, Affin Bank untuk update buku bank serta uruskan wang-wang yang sesungguhnya tak pernah mencukupi.
• Pergi Bank Islam, bayar yuran university Emi
• KWSP, check caruman pekerja.
• Ke KLCC untuk lunch makanan Barat dan Jepun bersama Si Ganas dan Dewi Kesesatan.
• Timbang berat badan aku dan Si Ganas. Aku menang semata-mata kerana 1kg.
• Menjadi drebar seketika ke MinDef untuk Dewi Kesesatan.
• Meneman adik pompuanku Eti untuk membeli barang di Bodyshop di LeisureMall. Tapi sekali tidak ada rupanya Bodyshop disana, sengal kan. Dah la tak pernah ajak aku keluar malam. Sah buang tabiat dia ni.

Hari ini sangat memenatkan. Secara umumnya, aku hanya menapak dan menaiki transpot awam. Fuh, tu la rasa kurang 1kg. Menapak pagi-pagi buta kat KL hehehe

Cooked Hash brown, hot dog stuffed with cheese and burger laced with Worcestershire sauce, scramble eggs, crinkle cut fries, salad and tomatoes for breakfast this morning. Now I'm full hehe

Tadi dapat muffin dari Iza. Memang la menjadi kesukaan, sebab ianya Blueberry muffin. Sedap pulak tu. W00t W00t!!! I'm really just a sucker when it's related to Blueberries. Damn.

Satu lagi, aku suke Blueberry smoothies. Mari aku kongsi cara membuatnya

Bahan-bahan:

1/2 cawan Blueberry
1/2 cawan Raspberry atau Strawberry (Aku prefer Raspberry)
1/2 atau sebuah Pisang
1/2 cawan yogurt (Terpulang nak original or berperisa)
1/2 cawan ais

Blend je semua buah-buah tu serentak. Bile dah mesra semua bahan-bahan tu. Masukkan ais, blend ikut bagaimana hati suke. Aku suka ais kasar-kasar, br feel gigit-gigit ais. Senang je kan wat smoothies ni. Bagi sesiapa yang nak tidur yang lena, boleh wat smoothies susu campur dengan sedikit pisang. Menurut rancangan sains yang aku tengok tak lama dulu, campuran kemikal dalam susu dan pisang membuatkan otak manusia lebih mudah untuk berehat. Selamat mencuba! (Remember that to use only a little bit of banana)

Sabtu lepas aku ke kenduri bersama rakan-rakan dari kolej serta universiti. Dua kenduri dalam satu hari, satu di Penang dan lagi satu di Perak. Selamba macam jauhnya dari pejabat ke rumah aku saja, memang kerja gila tapi di redah juga. Konvoi ke Penang dianggotai oleh sebuah Swift biru bersama Savvy merah mula bergerak dalam 3 pagi. Aku, Awang, Badd & Along di didalam Swift manakala Sab, Zico & Ina di dalam Savvy. Bertemu di perhentian pertama dalam pukul 4.15 pagi, masing-masing bagai tidak percaya kerana berjaya bangun seawal itu. Jumlah yang pergi ke rombongan kali ini hanya tujuh orang, walaupon pada mulanya lebih dari itu. Walaupon di awal pagi, Swift tidak sepi malah bingit dengan lagu-lagu.

Tiba di perhentian Sg Perak pada 6++ pagi, kami berehat untuk seketika disana. Ada yang mengerjakan solat dan ada yang menjamah air untuk menghilangkan tekak yang kering sepanjang perjalanan. Selesai berehat, kami teruskan perjalanan ke Penang dan tiba disana dalam pukul 8 pagi. Masa yang sesuai untuk sarapan bukan? Kami pergi ke tempat yang khabarnya nasi lemaknya sedap, memang enak. Aku makan nasik lemak berlaukkan ayam goreng serta sambal sotong. Heaven kan. Semua atas jasa baik sahabatku yang mengaku Jay Chou.

Selesai sarapan, kami menuju ke destinasi masing-masing. Swift ke Bukit Mertajam, Savvy ke Bota. Tiba awal di destinasi, terlalu awal. Aku dan Jay sempat mengisi air bateri di Swift dan sedikit sebanyak berkongsi cerita mengenai kereta. Dua lagi sahabatku, sibuk mengubat rindu mungkin. Aku tak mahu mengganggu mereka. Seketika majlis bermula, kami menghadirkan diri kesana dan disambut oleh ibu Irwin. Agak terkejut juga aku, dia masih ingatkan kami beserta nama (terharu sebenarnya). Kami kemudian dijemput makan. Memang menarik, sedap masakan kenduri Irwin hingga semua rakanku tambah untuk kali kedua. Aku rasa Irwin tak terkejut pon, dia tau kawan-kawan dia memang makan banyak. Sempat bertemu Po'chik (musuh ketat Badd kerana rosaknya sebuah kaset) di kenduri tapi pengantinnya tak juga kunjung tiba. Dalam 2.30 petang, kami terpaksa bergerak pergi dari majlis kerana nak bertemu konvoi pulang.

Sebelom tiba di Bota Kiri, sempat sesat dulu. As expected sbb memang takde landmark yang mudah untuk di tunjuk arah. Tiba disana dalam pukul 5, Zico kelihatan sibuk mengemas kerusi meja. Majlis sudah pun habis. Apakan daya, destinasi masing-masing memang jauh. Tapi sempat juga kami dihidang makanan oleh Iza, nasib ade sikit lagi makanan yang tinggal. Khabarnya laku sungguh lauk kenduri. Yang dalam kerete Savvy siap dah bungkus untuk balik, tak tolong pun yang dalam Swift ni bungkuskan. Sampai hati korang tak ingat kat aku, huh. Dalam pukul 6.30 kami bergerak pulang, Savvy lambat sedikit. Mereka berbincang sesuatu di seberang jalan.

Dalam perjalanan pulang, suasana masih belom sepi. Kali ni masing-masing cuba mengungkau kenangan zaman budak sekolah berchinta monyet dengan menyanyikan lagu-lagu rock kapak. Search, Iklim, Wings, XPDC dan macam-macam lagi dinyanyikan. Lama kelamaan, pabila lagu rock kapak kontang, keluar lagu-lagu balada 80-an. Mula-mula aku tahu la sedikit sebanyak tapi lama-kelamaan aku pon dah tak tahu zaman bila. Bagiku, zaman Ukays (Tatau betul ke ejaan ni) & Zamani already started to sucks. Akhirnya dua ekor pungguk tu saja yang menyanyi. Biarkan sahaja mereka. Aku hidupkan ipod, biarkan mereka dalam dunia mereka. Aku perlu memandu dan elakkan rasa bosan dan mengantuk. Tiba di KL dalam pukul 10.30. Hantar Awang, Along dan Badd, aku tiba di rumah 11++ malam. Penat, hari yang penat.

Fun Facts:

1. Awang mengaku dia Jay Chou.
2. Awang order ayaq tarik satu.
3. Badd seorang yang so sweet, touching habis. Kepala dia juga boleh berpeluh dgn hebatnya pabila kecemasan melanda
4. Engine bay kereta aku sangat kotor, Awang bebel teruk(baru cuci tadi)
5. Awang meminati sukan kereta tapi beliau sendiri memandu tidak lebih 90km/j
6. Dendam lapan tahun Badd dan Po'chik tamat pada hari kenduri Irwin
7. Stail dan perangai Po'chik tak pernah berubah. Tak dilupa jerawatnya.
8. Awang ade nama dangdut: Iwang
9. Perut Awang berbunyi "dub dub" jika lagu dangdut dimainkan
10. Kereta Along namanya Can Mali Can - Ade orang sebut ni ketika mau pulang, ape la dia pikir agaknya kan :P

Panjang betul post aku kali ni.

Subscribe to: Posts (Atom)
Radin Hairi juga selalu lepak di klik! klik!