Infatuated Sound

Kerana aku suka bunyian


Showing posts with label Acara. Show all posts


Sesungguhnya aku lupe bila gambar-gambar ini diambil, tapi semestinya dalam bulan ini tika meronda sambil melihat kawasan dan mengutip wang perlindungan sekitar Sg Wang bersama missy. Kesibukkan melanda maka aktiviti blogging terabai, maaf rakan-rakan. Mecha-mecha tersebut datang dari Gundam Universe.

20th - 21st Dec '08 : Comic Festival. Jom gih! :)

Jemput berkenalan dengan Encik Lampu

Hari ahad tempohari aku ke kenduri kahwin kawan ketika di universiti dahulu iaitu Shahrin atau name glamournye Alley. Jumpe rakan se-universiti, paling lama tak jumpe si Zeno & Bean. Bean bawak awek tu, putih dan kecik-kecik je orangnye. Kontra gile ok. Sorry Bean, it's been a habit untuk bahan kau pabila peluang mengunjung tiba. Dapat lihat foto-fotonya di sini.

Aktiviti-aktiviti hari ini

• Pergi Uniasia. Claim insuran cermin pecah hari tu.
• Pergi Hong Leong, CIMB, Maybank, Affin Bank untuk update buku bank serta uruskan wang-wang yang sesungguhnya tak pernah mencukupi.
• Pergi Bank Islam, bayar yuran university Emi
• KWSP, check caruman pekerja.
• Ke KLCC untuk lunch makanan Barat dan Jepun bersama Si Ganas dan Dewi Kesesatan.
• Timbang berat badan aku dan Si Ganas. Aku menang semata-mata kerana 1kg.
• Menjadi drebar seketika ke MinDef untuk Dewi Kesesatan.
• Meneman adik pompuanku Eti untuk membeli barang di Bodyshop di LeisureMall. Tapi sekali tidak ada rupanya Bodyshop disana, sengal kan. Dah la tak pernah ajak aku keluar malam. Sah buang tabiat dia ni.

Hari ini sangat memenatkan. Secara umumnya, aku hanya menapak dan menaiki transpot awam. Fuh, tu la rasa kurang 1kg. Menapak pagi-pagi buta kat KL hehehe

Sabtu lepas aku ke kenduri bersama rakan-rakan dari kolej serta universiti. Dua kenduri dalam satu hari, satu di Penang dan lagi satu di Perak. Selamba macam jauhnya dari pejabat ke rumah aku saja, memang kerja gila tapi di redah juga. Konvoi ke Penang dianggotai oleh sebuah Swift biru bersama Savvy merah mula bergerak dalam 3 pagi. Aku, Awang, Badd & Along di didalam Swift manakala Sab, Zico & Ina di dalam Savvy. Bertemu di perhentian pertama dalam pukul 4.15 pagi, masing-masing bagai tidak percaya kerana berjaya bangun seawal itu. Jumlah yang pergi ke rombongan kali ini hanya tujuh orang, walaupon pada mulanya lebih dari itu. Walaupon di awal pagi, Swift tidak sepi malah bingit dengan lagu-lagu.

Tiba di perhentian Sg Perak pada 6++ pagi, kami berehat untuk seketika disana. Ada yang mengerjakan solat dan ada yang menjamah air untuk menghilangkan tekak yang kering sepanjang perjalanan. Selesai berehat, kami teruskan perjalanan ke Penang dan tiba disana dalam pukul 8 pagi. Masa yang sesuai untuk sarapan bukan? Kami pergi ke tempat yang khabarnya nasi lemaknya sedap, memang enak. Aku makan nasik lemak berlaukkan ayam goreng serta sambal sotong. Heaven kan. Semua atas jasa baik sahabatku yang mengaku Jay Chou.

Selesai sarapan, kami menuju ke destinasi masing-masing. Swift ke Bukit Mertajam, Savvy ke Bota. Tiba awal di destinasi, terlalu awal. Aku dan Jay sempat mengisi air bateri di Swift dan sedikit sebanyak berkongsi cerita mengenai kereta. Dua lagi sahabatku, sibuk mengubat rindu mungkin. Aku tak mahu mengganggu mereka. Seketika majlis bermula, kami menghadirkan diri kesana dan disambut oleh ibu Irwin. Agak terkejut juga aku, dia masih ingatkan kami beserta nama (terharu sebenarnya). Kami kemudian dijemput makan. Memang menarik, sedap masakan kenduri Irwin hingga semua rakanku tambah untuk kali kedua. Aku rasa Irwin tak terkejut pon, dia tau kawan-kawan dia memang makan banyak. Sempat bertemu Po'chik (musuh ketat Badd kerana rosaknya sebuah kaset) di kenduri tapi pengantinnya tak juga kunjung tiba. Dalam 2.30 petang, kami terpaksa bergerak pergi dari majlis kerana nak bertemu konvoi pulang.

Sebelom tiba di Bota Kiri, sempat sesat dulu. As expected sbb memang takde landmark yang mudah untuk di tunjuk arah. Tiba disana dalam pukul 5, Zico kelihatan sibuk mengemas kerusi meja. Majlis sudah pun habis. Apakan daya, destinasi masing-masing memang jauh. Tapi sempat juga kami dihidang makanan oleh Iza, nasib ade sikit lagi makanan yang tinggal. Khabarnya laku sungguh lauk kenduri. Yang dalam kerete Savvy siap dah bungkus untuk balik, tak tolong pun yang dalam Swift ni bungkuskan. Sampai hati korang tak ingat kat aku, huh. Dalam pukul 6.30 kami bergerak pulang, Savvy lambat sedikit. Mereka berbincang sesuatu di seberang jalan.

Dalam perjalanan pulang, suasana masih belom sepi. Kali ni masing-masing cuba mengungkau kenangan zaman budak sekolah berchinta monyet dengan menyanyikan lagu-lagu rock kapak. Search, Iklim, Wings, XPDC dan macam-macam lagi dinyanyikan. Lama kelamaan, pabila lagu rock kapak kontang, keluar lagu-lagu balada 80-an. Mula-mula aku tahu la sedikit sebanyak tapi lama-kelamaan aku pon dah tak tahu zaman bila. Bagiku, zaman Ukays (Tatau betul ke ejaan ni) & Zamani already started to sucks. Akhirnya dua ekor pungguk tu saja yang menyanyi. Biarkan sahaja mereka. Aku hidupkan ipod, biarkan mereka dalam dunia mereka. Aku perlu memandu dan elakkan rasa bosan dan mengantuk. Tiba di KL dalam pukul 10.30. Hantar Awang, Along dan Badd, aku tiba di rumah 11++ malam. Penat, hari yang penat.

Fun Facts:

1. Awang mengaku dia Jay Chou.
2. Awang order ayaq tarik satu.
3. Badd seorang yang so sweet, touching habis. Kepala dia juga boleh berpeluh dgn hebatnya pabila kecemasan melanda
4. Engine bay kereta aku sangat kotor, Awang bebel teruk(baru cuci tadi)
5. Awang meminati sukan kereta tapi beliau sendiri memandu tidak lebih 90km/j
6. Dendam lapan tahun Badd dan Po'chik tamat pada hari kenduri Irwin
7. Stail dan perangai Po'chik tak pernah berubah. Tak dilupa jerawatnya.
8. Awang ade nama dangdut: Iwang
9. Perut Awang berbunyi "dub dub" jika lagu dangdut dimainkan
10. Kereta Along namanya Can Mali Can - Ade orang sebut ni ketika mau pulang, ape la dia pikir agaknya kan :P

Panjang betul post aku kali ni.

Satu acara yang kemungkinan besar aku akan pergi. Baru baca mengenainya dalam surat khabar semalam. Akan diKIV

Info:
28th June '08
Ticket price: RM33
www.urbanscapes.com.my

Flyer Rock on Rave

Sesekali aku teringin kembali untuk pergi acara-acara sebegini. Tapi rakan-rakan bersukaria sudah kurang dan aku sendiri dah lama tak mengikuti scene musik tempatan.

Subscribe to: Posts (Atom)
Radin Hairi juga selalu lepak di klik! klik!