Infatuated Sound

Kerana aku suka bunyian


Showing posts with label Review. Show all posts

Khabir Bhatia kini kembali dengan satu lagi ceritera. Sebelom ni dgn kisah Cinta dan Sepi, die kembali dengan Setem. Cinta dan Sepi menarik dari kebiasaan ceritera Melayu dipasaran. Tapi nak wat cane, kesah begitu bukan-lah my cup of tea. Aku tetap tetido tgk 2nd time mase keluar tv.

Pada pendapat aku, dia menggunakan formula sama dari alur cerita wayangnya sebelom ni. Beberapa manusia yang mulanya tak kenal, tp bertembung jalan dalam kehidupan. Walaupon begitu, ia bukanlah sesuatu yang buruk atau negatif kerana ia membuat cerita itu lebih menarik dan fokus utamanya ialah manusia yang nak melakukan heist terhadap setem yang bernilai berjuta-juta RM itu. Bukan satu lagi kesah chentan-chintun...zZzz...

Memang funny movie ni, aku rasa it's as good as Baik punya cilok arahan Afdlin. Gabungan pelakon baru dan lama memang memeriahkan suasana. Contohnye, I've almost forgot how Sathia can be damned funny. Aku rase ade je scene tak logik dalam cerite ni, tapi dimaafkan sebab cite komedi. Bak kate Joker "Why so serious?" Hehehe

Overall, jauh lagi best la dari cerita arahan director glamour mesia yang ber-title Professor tuh. Teringat ade scene dari movie die seorang manusia menyalak cam anjing gile depan counter wayang. Kelakar-kah itu? Aku tapaham tol manusia-manusia yang rasa ade humor dalam situasi camtu. Haih, tengok je la cite Setem ni.

...
Al-Fatihah utk arwah Yasmin

Microsoft sudah release RC untuk operating system(OS) terbaru mereka iaitu WIndows 7 untuk public. Aku malas dh plak nak menulis blog pepanjang, lame sgt process nak tulis...dari pukul 9++ sampai la 12++ baru dua ayat?!! Ringkaskan saje lah.

Aku sangat sajeskan korang install je windows 7 ni kat pc/laptop korang sebabnye ialah:

• Laju. Kalau vista tu bagaikan bernafas dalam lumpur, windows 7 RC ini user bagaikan ikan berenang di laut biru. Kemungkinan besar MS telah optimise coding utk OS kali ini dengan sebaiknye. Multiple software running including photoshop and illustrator with no problem, is that enough to convince you?

Fungsi Show Desktop yang diupdet.

• Compatibility. Setakat ni, software2 biasa dapat dijalankan dengan biasa tanpa masalah. Kecuali HP Product Bulletin dan aku rasa takde la error kronik.

• Sekuriti. Kali ini kurang nagging yg menyerlah dari Win7. Protection Kernel dan autorun diimprovekan. Nota kaki: Bab sekuriti ni, mesti ade security hole punye lah...MS produk la katekan hahaha

• GUI. Taskbar dimajukan; bagaikan start menu dan mac bar digabungkan. Biarlah orang Mac mengata meniru, aku rasa ia satu pembaharuan yang berbaloi. Bak kate pengarah Nokia( aku translate BM) "Apa salahnya meniru jika ia memajukan?". ku fanboy MS kah? mungkin tidakkkk

Function Windows + Tab yang digilai awek aku.

• Requirement. Rendah gile requirement die k, laptop 1GHz bersama 2GB pon lepas ok(laptop aku pakai skang ni la!). Why not mencuba, apetah lagi ia FREE sampai june tahun depan. full updates and support, why not? Even banyak softwares company dah release produk/driver yang Wins7 compatible.

So ape lagi, heads to Windows 7!

Aku tidak sama skali bertanggungjawab kalau korang kehilangan data, menghadapi masalah kerana bertukar OS. Sendiri upgrade, sendiri tanggung la kan hahah Aku juga malas letak bebanyak skrinshot, so google images je la ye :P

Subscribe to: Posts (Atom)
Radin Hairi juga selalu lepak di klik! klik!