Kek coklat bersama strawberries
Atas paksaan dan ugutan ramai pihak, aku pon terpaksa membuat post ini. Apakan daya, aku hanyalah manusia biasa yang kerja dari hari kehari untuk mendapatkan wang menyara kehidupan walaupon beberapa ketika ini asyik bercuti kerana diberi email warning supaya menghabiskan annual leave dengan jayanya iaitu sebanyak 28 hari saja. Sebelom ramai yang meminta (sebenarnya ramai dah pun), annual leave tidak boleh dipindah milik dan ini ditetapkan oleh Persatuan Sekerja Malaysia (PSM).
Sebelum aku merepek lebih tinggi, baik aku berbalik pada topik asal posting kali ini iaitu ulang tahun aku melihat donia untuk kali pertama. Ini kali ke 21 aku menyambutnya huahaha Menjelang hari ulang tahun, perbagai email, sms, panggilan, posting blog dan hadiah aku terima. Terima kasih diucapkan, aku amat menghargai korang ingat hari sugul tersebut. Korang memang best. Pada hari tersebut jugalah aku menerima kek besday dari manusia yang gigih mencarik adiah untuk aku ni. Sian die, menggelupur mencari hadiah. Ish, usaha mu dikenang hehehe
September 14, 2008 at 10:48 PM
perghhhhhhh...keli lidah...meleleh ayaq liuqq...
September 15, 2008 at 12:07 AM
mintak kak long
wawawa~
September 16, 2008 at 1:09 PM
eti..
mau ka..?
bile birthday...balik mesia...
nnt bg..