Infatuated Sound

Kerana aku suka bunyian


Sikap kejiranan digalakkan dalam mana-mana tamadun apatah lagi kita di Malaysia ini. Sikap kejiranan dan rukun tetangga memang wujud sejak dahulu lagi. Sebab wujud sifat kejiranan ni lah, bila kita lihat jiran kita susah kita pon turut bantu. Bila jiran-jiran gembira maka kita pon tumpang gembira apetah lagi kalau jiran-jiran ajak bergotong-royong. Memang semangat la nak buat sebab fikir jiran-jiran punya pasal. Bukan itu saja, kadang-kadang antara jiran-jiran pon bertukar hadiah dan kadang-kadang masakan walaupon bukan semua memenuhi citarasa kita. Dan kadang-kadang antara jiran ni, ada pulak yang bagi makanan yang pedas-pedas belaka. Memang adatnya begitu si jiran yang menerima tadi, memulangkan masakan juga. Tapi si jiran ni jenis tak mahu kalah, maka dipulangkan juga masakan yang tak kurang pedas. Akhirnya, dua-dua terasa pedas dan mewujudkan ketakharmonian sesama sendiri. Masing-masing mengata siapa salah dan macam-macam lagilah.

Mengikut kata seorang teman saya, bila perkara-perkara yang tidak diingini berlaku patutlah kita berhenti seketika dan fikirkan sejenak apa yang berlaku. Ada baik dan buruknya lah. Belajar la adap berjiran sedikit sebanyak. Mula-mula sekali, kalau tak tahan makan pedas jangan la bagi orang makan pedas. Pastu jangan la nak 'up' kan aje masakan pedas tu, cuba la belajar mengalah sedikit. Jiran-jiran semua dah besar panjang, leh jadi makbapak orang pon. Bawak-bawak betenang la sedikit, kang aku bawak bertendang pulak. Kejiranan kita semuanya jenis berakal, kadang-kadang sesunguhnya kita alpa untuk menggunakannya. Untuk renungan bersama.

Sekian, terima kasih daun keladi

1 comments

  1. AZICO  

    mcm karangan PMR daa....

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)
Radin Hairi juga selalu lepak di klik! klik!