Infatuated Sound

Kerana aku suka bunyian



Melihat iklan ni, aku teringat seorang manusia. Manusia itu suka makan Rocky (Pocky pon same je sebab Glico gak yang buat). Die penah amok sebab orang amek Rocky die. Bayangkan betapa chentanya die pada Rocky. Iklan ini juga menggunakan lagu Orange Range yang die soka nyanyi - nyanyi walaupon tak paham sepatah ape derang mencarut. Oh, mungkin ade "ABC..."


Lately this song stuck in my head. Lalu aku pon request kat kawan aku yang main guli kat sekolah dulu uploadkan lagu ni kat utube. Thanks dude! :)

My fav part of the song
She call my phone like - Da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da
We on the phone like - Da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da, da

Aku malas nak wat tag ni sebenarnye tetapi memandangkan orang yg tag aku ni tahan sakat dan lorat yang aku tujukan kat die selama 11 tahun tanpa jemu, aku buat jugak la sebab kesian.

1. Bekas kekasih saya adalah: Scarlett Johannson. Maklumlah, masing2 membawa haluan hidup sendiri. Aku tak suke tinggal di Hollywood.

2. Saya sedang mendengar: Bunyi air-cond opis aku

3. Mungkin saya patut: Belajar menjadi manusia.

4. Saya suka: Makan budak dan makan orang. Tapi only applies to selected fews.

5.Sahabat-sahabat baik saya adalah: Sengal, kelakar, mengong, menggangu emosi, baik, dan pelbagai lagi ciri baik buruk yang ada pada manusia. Semua aku terima, sebab tu aku anggap sahabat.

6.Saya tak paham: Macamane nak terbang macam Superman

7.Saya kehilangan: Kehilangan masa

8.Ramai yang berkata: Hello?

9.Makna nama saya: Lupe la plak. Sapa terer arab bagitau plis

10.Cinta (sejati) itu adalah: Sejati...itu yang kau ucapkan...bila janji kugenggam...dibawah pohonnn Kembojaaaaaaaaaaaaaa~ (Feeling Awie)

11.Di suatu tempat, seseorang sedang: Mencarik kunci keretenye yang hilang.

12.Saya akan cuba: Menjadi pilot yang berjaya.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud: Tidak Tuhan memberi ujian pada hambanya jika hambanya tidak mampu menggalas beban yang diberi.

14.Telefon bimbit saya: Tak sehebat phone touch screen.

15.Bila saya terjaga dari tidur: Capai henset, tgk time dan sms good morning :)

16.Saya paling meluat apabila: Cakap terer, skali idak.

17.Pesta/Parti adalah: Dulu slalu ikut Pak Meon meliar di kota malam2 ari sambil berbaju petak dan berseluar yankees.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah: Ntah, not my thing.

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah: Semua best

20.Hari ini: Aku tak lunch, so lorat sket.

21.Malam ini saya akan: Nak makan malam

22.Esok pula saya akan: kerjaan secukup waktu (tak macam sesetengah manusia yang balik keje pukul 3 petang)

23.Saya betul-betul inginkan: Hidup senang

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini: Kacaknye jejaka ini!

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan: Kedai game 20 sen. (Mana dapat dah ni)

26.Makanan Barat atau Jepun: Dedua best la demit

27.Bilik yang terang atau gelap: Terang best, gelap pon best. Tak caye, korang try. (Ha, jgn pk bukan2...aku ckp main game kt pc or console la hahahaha)

28.Makanan segera adalah: Mee goreng Sedap...memang sedap ok!

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? : sat lagi aku email specs 3Com tu, ko advice ok?

30.Saya rindu: Rakan taulan dan orang yang slalu main tipu.

Aku tag...
Adilla
Badiu
CT
Dayah
Emey Dono
Faizal Ramlee
Gundik Di-Raja
Heri boberi
Isabella
Jackie Chan
Kurt Lopez
Lanjoy
Man
Nuramalina
Otai Klang
Po'chik
Qistina
Radin Norwan
Saiful Saluddin
Tym
Uncle sebelah rumah
Vin Diesel
Wayne Rooney
Xumb Nayan
Yan Goonies
Zulhilmi
dan anda semua~


Now stop --Hammer time! XD

Microsoft sudah release RC untuk operating system(OS) terbaru mereka iaitu WIndows 7 untuk public. Aku malas dh plak nak menulis blog pepanjang, lame sgt process nak tulis...dari pukul 9++ sampai la 12++ baru dua ayat?!! Ringkaskan saje lah.

Aku sangat sajeskan korang install je windows 7 ni kat pc/laptop korang sebabnye ialah:

• Laju. Kalau vista tu bagaikan bernafas dalam lumpur, windows 7 RC ini user bagaikan ikan berenang di laut biru. Kemungkinan besar MS telah optimise coding utk OS kali ini dengan sebaiknye. Multiple software running including photoshop and illustrator with no problem, is that enough to convince you?

Fungsi Show Desktop yang diupdet.

• Compatibility. Setakat ni, software2 biasa dapat dijalankan dengan biasa tanpa masalah. Kecuali HP Product Bulletin dan aku rasa takde la error kronik.

• Sekuriti. Kali ini kurang nagging yg menyerlah dari Win7. Protection Kernel dan autorun diimprovekan. Nota kaki: Bab sekuriti ni, mesti ade security hole punye lah...MS produk la katekan hahaha

• GUI. Taskbar dimajukan; bagaikan start menu dan mac bar digabungkan. Biarlah orang Mac mengata meniru, aku rasa ia satu pembaharuan yang berbaloi. Bak kate pengarah Nokia( aku translate BM) "Apa salahnya meniru jika ia memajukan?". ku fanboy MS kah? mungkin tidakkkk

Function Windows + Tab yang digilai awek aku.

• Requirement. Rendah gile requirement die k, laptop 1GHz bersama 2GB pon lepas ok(laptop aku pakai skang ni la!). Why not mencuba, apetah lagi ia FREE sampai june tahun depan. full updates and support, why not? Even banyak softwares company dah release produk/driver yang Wins7 compatible.

So ape lagi, heads to Windows 7!

Aku tidak sama skali bertanggungjawab kalau korang kehilangan data, menghadapi masalah kerana bertukar OS. Sendiri upgrade, sendiri tanggung la kan hahah Aku juga malas letak bebanyak skrinshot, so google images je la ye :P

Subscribe to: Posts (Atom)
Radin Hairi juga selalu lepak di klik! klik!